Nama acara / program
Program Literasi ICT dan Klik Dengan Bijak
Tarikh & Masa
18 Ogos 2017
Lokasi
Sekolah Rendah Islah Pendang
Peserta
Guru (45 Orang)
Tujuan
Program Advokasi Klik Online Grooming
Tujuan program klik dengan bijak (KDB) diadakan untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingkan menggunakan internet dengan cara betul. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan internet dan maklumat peribadi. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta golongan muda khasnya supaya lebih berhati-hati apabila melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya. Ianya adalah untuk memberi kesedaran dan juga menasihati para peserta supaya tidak terlalu oversharing maklumat diri mereka di laman sosial dan kesan bahayanya oversharing.
Di samping itu, program sebegini dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dalam komuniti setempat. Secara tidak langsung, komuniti setempat tahu akan kewujudan PI1M yang berdekatan dan meningkatkan prestasi pelajar berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas dan komuniti setempat.
Turut diselitkan bersama Program Dashboard Komuniti.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti
Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak Online Grooming
Petugas memberi taklimat KDB berkaitan keselamatan di internet, online grooming, oversharing, buli cyber dan modul yang berkaitan diketengahkan kepada Guru Sekolah . Petugas juga memaparkan video KDB dan penerangan akta kesalahan jenayah online oleh pihak MCMC supaya pelajar lebih memahami penerangan yang disampaikan.
Pelaksanaan aktiviti utama
Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak Online Grooming
Program bermula dengan taklimat dengan bijak (KDB) kepada setiap pengunjung yang hadir. Petugas menerangkan video KDB kepada pengunjung.