mcmc
Maklumat Setempat

Pananaman Sawah Padi

PENANAMAN PADI

Daerah pendang merupakan daerah terbesar dalam Negeri Kedah dimana lebih 70% permukaan muka buminya adalah kawasan sawah padi. Jadi tidak hairanlah jika Kedah diberi gelaran Negeri Jepalang Padi. Kebanyakan penduduk di Pendang memiliki sawah padi sendiri. Bagi sawah padi berhampiran Mukim Bukit Raya, kebanyakkan padi diproses di Kilang Beras Bernas yang terletak di Jalan Bukit Raya Dalam.

KILANG BERAS

SISTEM PENANAMAN PADI TRADISIONAL

Sistem penanaman padi cara tradisional di Negeri Kedah dapat di kelaskan kepada dua musim iaitu:

1. Musim Bersawah
Masyarakat petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan. Ketika ini mereka akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang berkaitan dengan persawahan dan juga memastikan petak-petak sawah mereka di takungi air hujan secukupnya. Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisional seperti tenggala, penyisir (sisir), cangkul, tajak, tenggiling dan lain-lain digunakan.
2. Musim Menuai
Dalam masyarakat petani tradisional, musim ini dikenali juga sebagai musim mengerat atau mengiau. Musim ini kebiasaannya jatuh pada musim kemarau. Bagi mendapatkan hasil padi, beberapa kaedah tradisi telah digunakan seperti mengetam, mengiau dan mengerat. Kaedah ini merupakan satu proses untuk mendapatkan buah padi. Kerja-kerja ini dijalankan oleh kaum wanita secara berderau (gotong-royong).