Program Advokasi Klik Dengan Bijak dan Dashboard Komuniti
Tujuan program klik dengan bijak (KDB) diadakan untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingkan menggunakan internet dengan cara betul. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan internet dan maklumat peribadi. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta golongan muda khasnya supaya lebih berhati-hati apabila melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya. Ianya adalah untuk memberi kesedaran dan juga menasihati para peserta supaya tidak terlalu oversharing maklumat diri mereka di laman sosial dan kesan bahayanya oversharing.
Di samping itu, program sebegini dapat mempromosikan Pusat Internet dalam komuniti setempat. Secara tidak langsung, komuniti setempat tahu akan kewujudan PI yang berdekatan dan meningkatkan prestasi pelajar berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas dan komuniti setempat.
Turut diselitkan bersama Program Dashboard Komuniti. Ini bertujuan untuk mendedahkan kewujudan aplikasi dashboard kepada komuniti disamping mempromosikan kelebihan portal yang terdapat dalam aplikasi ini seperti MY Skool, My Soal, My Komuniti dan MY Shop.

